Saturday, 21 August 2010

Kepentingan Emas dari Sudut Islam

Antara surah di Al-Quran dan Hadith yg tertulis mengenai DIRHAM & DINAR adalah seperti berikut :-


“Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya”. (Surah Ali Imran : 75)


“Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja…” (Surah Yusuf:20)


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal



“Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba, dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin, dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadith)


Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya

untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.” (Hadith)




No comments:

Post a Comment