Friday, 31 August 2012

Rangsangan baru ekonomi tingkat prestasi emas

Patut ler semalam lain macam silang menyilang grafnyer,upernye harganya nak naik...Alhamdulillah!! :)
Pagi nie kawan FB bagi tau kat surat khabar ade artikel mengenai kenaikkannya..ade Rangsangan Ekonomi upernye..patut ler harga pun terrangsang hehehee....

Jom baca artikel kat bawah nie..sumber ~ BH Online 01/09/2012.

Rangsangan baru ekonomi tingkat prestasi emas


Singapura: Harga emas berubah sedikit semalam dengan kedudukan hampir kepada prestasi tertinggi dalam tempoh 4.5 bulan yang dicapai awal minggu ini dirangsang harapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS), Ben Bernanke dijangka mengumumkan langkah rangsangan ekonomi baru dalam pertemuan wakil bank pusat lewat semalam.

Jongkong emas itu dilihat kalis inflasi berdasarkan peningkatannya hampir tiga peratus bulan ini, iaitu peningkatan untuk tiga bulan berturut-turut.
“Sya berpendapat situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS,” kata Analisis Phillip Futures, Lynette Tan, merujuk kepada langkah besar-besaran AS menjimatkan perbelanjaan dan peningkatan cukai yang bermula tahun depan.

"Situasi makro mungkin tidak akan bertambah baik dan kita juga semakin hampir dengan sempadan fiskal AS". - Lynette Tan, Penganalisis.
“Saya menjangkakan pelabur emas akan mempertimbangkan perkara ini, dan terus mengekalkan keinginan mereka kepada emas sebagai pelaburan alternatif.

Sekiranya pelabur kecewa dengan Bernanke nanti, kita mungkin akan melihat aktiviti penjualan yang kecil namun saya tidak melihat emas akan jatuh secara mendadak. Sokongannya sekitar AS$1,620.” katanya.

Harga emas berubah sedikit kepada AS$1,655.40 seanus pada 0620 GMT, hampir ekpada tahap tertinggi 4.5 bulan pada AS$1,676.45 yang dicapainya pada Isnin lalu.

Harga emas AS juga berubah sedikit kepada AS$1,657.70 seauns.
Pusingan pembelian aset oleh Rizab Persekutuan AS sebelum ini berjaya merendahkan kadar faedah dan merangsang ekonomi AS yang teramat lemah.

Emas melonjak sekitar AS$1,790 pada Februari tahap tertingginya sehingga kini dalam 2012, selepas Rizab Persekutuan pada ketika itu berkata mereka akan mengekalkan kadar faedah hampir kepada sifar menjelang akhir 2014.

Sejak itu, harga jatuh sehingga tujuh peratus apabila tiada tanda-tanda kelonggaran selanjutnya. - REUTERS

Speed Baik Punye!


Hanya sekelip mata kau berubah yer :)

Wednesday, 29 August 2012

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit

Lame betul tak mengupdate blog,tengok-tengok udah bersawang pulak hehehe....Lame tak tengok harga emas kat kitco..sekali tengok dah naik sikit lah kan...:D Jom kite buat kira-kira,mane yang ade badget lebih & duit raya anak tu jom kite tukarkan kepada Emas...amacam?ok ke ok? :D


Monday, 2 January 2012

Masalah Ekonomi Global

Ekonomi Eropah diramal goyah pada 2012


GAMBAR tidak bertarikh yang disediakan oleh pejabat pencetakan Jerman menunjukkan wang kertas 50 euro sedia untuk diagihkan di Berlin.


LONDON, Britain - Saham Eropah dan mata wang euro diramal berdepan pergolakan baharu pada 2012 selepas mata wang tunggal Kesatuan Eropah (EU) berkenaan merosot berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan krisis hutang negara-negara Eropah.

Bursa-bursa utama Eropah menjunam antara 6.5 dan 25 peratus sejak permulaan tahun ini manakala mata wang euro merosot 2.5 peratus berbanding dolar dalam dagangan turun naik sepanjang bulan ini.

"Siapa yang dapat menyangka bahawa menjelang November, kita bercakap tentang bukan sahaja keruntuhan negara-negara mata wang euro tetapi tentang kemungkinan pembubaran EU," kata pakar strategi kanan firma BGC Partners, Howard Wheeldon.

"Siapa yang menyangka dalam tempoh sesingkat itu ekonomi EU berhenti daripada berkembang manakala pertumbuhan kembali ekonomi rantau berkenaan dilihat terlalu sukar," tambahnya.

Mata wang euro menamatkan dagangan tahun ini dengan menjunam di bawah AS$1.30 untuk satu euro sekali gus tahap terendah sejak permulaan tahun 2011.

Mata wang tunggal EU itu turut menjunam pada takat terendah berbanding yen sejak 10 tahun lalu dalam dagangan pada September lepas.

Keadaan tersebut berikutan kebimbangan pelabur berhubung ketidaktentuan ekonomi global dan kemerosotan nilai ekuiti di Eropah dan AS.

"Krisis mata wang euro dijangka semakin meruncing. Ekonomi global (pada 2012) diramal sama ada menyusut ke dalam kemelesetan atau mengalami pengurangan dalam pertumbuhan," kata penganalisis Commerzbank, Ulrich Leuchtmann.

"Pelaburan dalam mata wang dolar mungkin menguntungkan selain mata wang yen dan emas," tambahnya. - AFP

Sumber : Kosmo Online 06.01.2012

Friday, 30 December 2011

Kembali Bersemangat!


Sejuk mata memandang carta EMAS nie kan,harap ada keajaiban berlaku selepas Tahun Baru 2012 :), kita nantikan sama-sam yer...yer...harga emas tahun ni masih murah,cuba tgk esok harga tahun baru...:D,naik atau turun????tgguuuu.......!!!

Thursday, 29 December 2011

Apa kata DAO Tentang Penurunan Harga Emas Dunia


Apa kata Dr Azizan Osman (Pakar Perunding Potensi Diri) mengenai penurunan harga emas kebelakangan ini bila ada org kata emas jatuh merudum, ..

"Tarikhnya adalah sekarang! Emas jatuh merudum? Kelakarlah awak ni....cuba pergi kaji 10 tahun carta pergerakan harga emas via technical analysis. Apalah sangat "kejatuhan" beberapa hinggit ni sekitar RM178/gram dibandingkan dengan harga emas 10 tahun dulu lingkungan RM40-45/gram? Technical correction dan sideways pada hujung tahun ni adalah peluang utk mrk yg nak beli utk beli sekarang! Nak tunggu bila? Nak tunggu dia naik balik tak lama lagi ke rm220/gram baru nak beli? Soalan masa tu ialah, alamak dah mahal lah..... Bila nak turun? Masalahnya emas tidak akan betul-betul turun..... Price adjustment macam ni normal lah! U kena faham kenapa pri ce dia sideways skrng....sbb large investors tgh cuti xmas dan new year.... U tunggulah lambat sikit..... Harga akan shoot up very very very soon." ~DAO~

Apa kata kita ramai join Seminar Kuasai Potensi Diri- Transformasi Hidup 2012 (SKPD2012)!!

Friday, 30 September 2011

Harga emas jatuh mendadak

Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus


ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.

Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.

Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.

Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.

Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.

Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.

Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya.Reuters

Sumber : Berita Harian 27/09/2011